Thursday, December 10, 2009

REGALIA NITE 2009


Tarikh : 22 November 2009
Tempat : Mercure Resort, Sanur
Penyelaras : Jawatankuasa Tertinggi PKPMI Cawangan BaliCatatan : Regalia Nite 2009 merupakan sambutan tahunan kepada semua ahli PKPMI cawangan Bali. Acara-acara yang diadakan adalah seperti makan malam bersama, pertunjukan tarian dari ahli-ahli PKPMI yang mewakili angkatan masing-masing, cabutan bertuah dari sponsor dan sebagainya. Tujuan Regalia Nite 2009 adalah mengeratkan hubungan di antara ahli-ahli PKPMI Cawangan Bali dan perkenalan mahasiswa angkatan baru 2009. Secara keseluruhan, acara-acara Regalia Nite dapat disempurnakan dengan baik dan memuaskan.

Wednesday, December 9, 2009

MAJLIS MAKAN BERSAMA MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI



Tarikh : 10 Jun 2009
Tempat : Hotel Conrad, Nusa Dua
Penyelaras : Diselaraskan oleh Yang Dipertua PKPMI Cawangan Bali, Indonesia
Sesi 2008/2009 Vishnu Karunakaran
Catatan : Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapha Mohamad telah meluangkan masa dan mengambil kesempatan untuk bertemu dan makan bersama dengan para mahasiswa bersempena dengan kunjungan rasminya ke Bali. Sesi pertemuan ini diwakili oleh wakil dari angkatan masing-masing.Selain itu, Datuk Mustapha juga mengambil kesempatan untuk memahami masalah- masalah yang dihadapi oleh mahasiswa. Secara kesimpulan, majlis ini diakhiri dengan sempurna dan memuaskan.

Tuesday, November 10, 2009

BATTLE OF THE BATCHES 2009

Tarikh : 31 October 2009
Tempat : Meazza Soccer Dome, Jl Tenku Umar Barat, Denpasar
Penyelaras : NYDP PKPMI Cawangan Bali dan AJK Biro Sukan saudara
Navin Gopi Kumar Sesi 2008/2009
Catatan : Kegiatan yang dianjurkan ini adalah futsal indoor dengan tujuan meningkatkan interaksi di antara angkatan dengan angkatan yang sesuai dengan temanya iaitu ‘Battle of The Batches’. Di samping itu, kegiatan ini juga melibatkan peserta- peserta perempuan yang masing-masing mewakili angkatan mereka. Kegiatan ini juga berjaya mendapatkan dana untuk persatuan dan sambutan yang baik dari ahli-ahli PKPMI Cawangan Bali.

Thursday, November 5, 2009

DEEPAVALLI DEDICATION GREETINGS CARD 2009


Tarikh : October 2009
Penyelaras : Yang Dipertua PKPMI Cawangan Bali dan Ketua Bahagian
Integrasi Am Sesi 2008/2009
Catatan : Sempena Deepavalli, PKPMI Cawangan Bali telah mengadakan satu kegiatan berupa penjualan kard dedikasi yang sesuai dengan tema Deepvalli. Tujuan kegiatan ini adalah penggalian dana untuk persatuan dan juga memberi peluang kepada ahli-ahli PKPMI Cawangan Bali untuk memberikan kard tersebut kepada kawan-kawan mereka yang beragama Hindu. Secara keseluruhan, kegiatan ini berjaya mendapatkan sokongan daripada ahli-ahli PKPMI Cawangan Bali.

Thursday, October 15, 2009

Malam Gemilang 2009


5Tarikh : 16 September 2009
Tempat : Hotel Santhi, Denpasar
Penyelaras : Jawatankuasa Tertinggi PKPMI cawangan Bali
Catatan : Majlis buka puasa diadakan sempena bulan Ramadhan di antara mahasiswa Malaysia yang beragama muslim dan mahasiswa Malaysia yang beragama lain. Akiviti ini juga mengeratkan hubungan mahasiswa di antara satu sama lain dan ini telah sesuaikan dengan tema Negara kita ‘Satu Malaysia’. Majlis ini mendapatkan sambutan yang baik dari semua ahli PKPMI cawangan Bali. Selain itu, acara penerimaan mahasiswa angkatan baru juga diadakan pada majlis tersebut dengan pemberian piagam oleh YDP PKPMI Cawangan Bali kepada mahasiswa angkatan 2009. Secara keseluruhan, majlis buka puasa ini diakhiri dengan sempurna dan memuaskan.5

Wednesday, October 14, 2009

Selamat Hari Deepavali!!

Selamat Hari Deepavali kami ucapkan kepada seluruh umat hindu PKPMI cawangan Bali. Semoga Tuhan memberkati anda semua. Selamat merayakannya dengan penuh kegembiraan!!!

Monday, October 12, 2009

PROGRAM PENYESUAIAN DIRI PKPMI BALI 2009







Tarikh : September 2009
Tempat : Ruang Kuliah 3.01, Fakultas Kedokteran UNUD
Penyelaras : Jawatankuasa Tertinggi PKPMI Cawangan Bali
Catatan : Program penyesuaian diri yang bertema U4RIA direncanakan sebanyak 10 kali pertemuan di antara mahasiswa Malaysia angkatan baru pada tarikh yang ditetapkan. U4RIA bermaksud Up For Resolute Integral Adaptation dan tujuan program ini adalah supaya mahasiswa baru ini dapat menyesuaikan diri mereka dalam linkungan yang baru. Selain itu, aktiviti-aktiviti seperti sesi pengenalan, sesi penerangan procedur imigrasi, sesi penerangan bahasa Indonesia dan sebagainya melibatkan interaksi di antara mahasiswa baru dengan senior-senior di angkatan masing-masing supaya senior-senior tersebut bersempatan bertemu dengan adik-adik kelas mereka.