Wednesday, September 9, 2009

HARI SUKAN PKPMI 2009

Badminton
Tarikh : 26 April 2009
Tempat : Gelanggang Dewa Beratha, Renon
Penyelaras : Diselaraskan oleh Ketua Biro sukan Darumendaar A/L Krishnan PKPMI
Cawangan Bali, Indonesia Sesi 2008/2009 sebagai Ketua Jawatankuasa
Hari Sukan PKPMI 2009.
Bowling
Tarikh : 29 April 2009
Tempat : Ramayana De Kubu, Denpasar
Penyelaras : Diselaraskan oleh Ketua Biro sukan Darumendaar A/L Krishnan PKPMI
Cawangan Bali, Indonesia Sesi 2008/2009 sebagai Ketua Jawatankuasa
Hari Sukan PKPMI 2009
Futsal dan Captain Ball
Tarikh : 3 May 2009
Tempat : Meazza Soccer Dome, Jl Teuku Umar Barat, Denpasar
Penyelaras : Diselaraskan oleh Ketua Biro sukan Darumendaar A/L Krishnan PKPMI
Cawangan Bali, Indonesia Sesi 2008/2009 sebagai Ketua Jawatankuasa
Hari Sukan PKPMI 2009
Catatan : Hari Sukan merupakan aktiviti tahunan PKPMI cawangan Bali yang dianjurkan oleh mahasisiwa-mahasiswa Malaysia dengan tujuan mengeratkan hubungan dan kerjasama diantara mahasiswa. Di samping itu, aktiviti-aktiviti sukan yang dianjurkan juga dapat meningkatkan prestasi mental dan fizikal diantara mahasiswa. Aktiviti-aktiviti tersebut adalah badminton, bowling, futsal, dan captain ball yang masing-masing dibahagikan sesuai dengan informasi yang telah dinyatakan di atas. Secara keseluruhan, Hari Sukan PKPMI 2009 Cawangan Bali dijalankan dengan sempurna dan memuaskan.

PENERBITAN HEALTH PLANNER 2009


Tarikh : Disember 2008


Penyelaras : Diselaraskan oleh Ketua Direktor PKPMI Cawangan Bali Sesi 2008/2009


sebagai Ketua Jawatankuasa Penerbitan Health Planner PKPMI


Catatan : Projek Penerbitan Health Planner PKPMI Bali merupakan suatu projek kesinambungan dari kalender kesehatan 2007 dan Planner 2008. Health Planner 2009 diterbitkan sebagai panduan dengan tersedia pelbagai data-data penting dan maklumat-maklumat disamping berperanan sebagai wadah informasi kesihatan. Penerbitan health planner ini berjaya dilaksanakan walaupun menghadapi masalah dana dan keterbatasan waktu. Sebanyak 250 naskah berjaya diterbitkan dengan dana yang diperoleh dari para sponsor, para ahli PKPMI dan mahasiswa. Health Planner PKPMI 2009 ini telah didistribusikan secara berperingkat kepada semua ahli PKPMI mulai dari bulan Januari. Planner ini dijual dengan harga RP 15 000 per naskah dan juga telah didistribusikan kepada Pejabat Dekanat, Wakil Kedutaan Malaysia di Indonesia, JPMI, Fakultas Kedokteran Unud, Bem Fk Unud, PKPMI Pusat, dan beberapa cawangan PKPMI di Indonesia dan para sponsor. Secara keseluruhan, jualan Health Planner 2009 ini mendapat sambutan baik dan memuaskan.